Berita Baik ! Kebanyakan orang suka dengan IKEA tetapi memikirkan masalah untuk siap pasang. Kami bantu anda pasangkan dan menghilangkan kerisauan tersebut. Kami juga memberi idea untuk pengubahsuai anda. Pemasangan dibuat hanya dengan persetujuan anda sahaja. Mudah kan !
Hubungi Kami
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Jika anda ada sebarang pertanyaan dan persoalan, anda boleh hubungi kami di
Kami dihubungi oleh seorang guru pra sekolah untuk membantunya membeli dan pemasangan cermin Krabb di 3 kelasnya. Setelah kami ke IKEA Damansara untuk mendapatkan cermin ini, kami terus membuat pemasangan di kelas beliau. Kami membeli 6 kotak cermin Krabb ini bersama dengan 24 keping cermin. Pemasangan mengambil masa agak panjang kerana proses 'drilling'. Sebanyak 45 lubang berjaya dibuat. Semasa memasang cermin, kami melakukan 'leveling' supaya cermin dalam keadaan lurus. Alhamdulillah, kami berjaya menyiapkan projek ini sebelum 4.00 petang.
" Bilik air asal " Pada 17 Disember 2016, kami telah dihubungi oleh Puan Fida yang memerlukan tukang untuk membeli dan juga memasang set untuk kabinet dan sinki bilik mandi beliau. Setelah berbincang dengan beliau, kami bersetuju untuk menjayakan hajat Puan Fida. Pada jumaat itu juga kami ke IKEA untuk mendapatkan kelengkapan model SILVERAN. Kami memilih kabinet bawah 2 pintu Silveran, kaki kabinet, sinki dari model HAMNVIKEN, dan juga paip air OLDSKAR. Ada 4 barang utama dibeli. Selesai pembelian di IKEA, kami bergegas ke rumah beliau di Dengkil, Selangor. Proses mengambil masa selama hampir 3 jam termasuklah meleraikan sinki lama. " Proses pemasangan kabinet bawah " Alhamdulillah beliau puas hati dengan pilihan beliau dari model Silveran itu. Sangat cantik dan sepadan dengan warna bilik air beliau. Alhamdulillah selesai sahaja pemasangan, kami di jamu oleh tuan rumah dengan sedikit juadah. Syukur. " Selesai" "Cermin pemilik ...
Kami menawarkan perkhidmatan pemasangan untuk perabot, barangan am, dan lain-lain. Kami juga menawarkan khidmat rundingan untuk pengubahsuaian mengikut bajet dan keselesaan anda. Kami boleh menjadualkan lawatan pra -pemasangan anda untuk kelengkapan bilik tidur, bilik air, dapur dan unit hiburan dan membincangkan kesesuaian pemasangan anda. Kami akan mengukur ruang anda dan mengesahkan susunatur, senarai barang dan harga untuk pemasangan anda. Hantar kepada kami senarai membeli-belah anda dan kami menjadi wakil anda ke IKEA untuk membeli barangan, hantar dan pasang ia untuk anda . Mudah kan ! Perlukan Bantuan? https://ikeahandyman.blogspot.my/p/hubungi-kami.html