Projek Bilik Mandi Di Jenderam Hilir, Dengkil



" Bilik air asal "
Pada 17 Disember 2016, kami telah dihubungi oleh Puan Fida yang memerlukan tukang untuk membeli dan juga memasang set untuk kabinet dan sinki bilik mandi beliau. Setelah berbincang dengan beliau, kami bersetuju untuk menjayakan hajat Puan Fida. Pada jumaat itu juga kami ke IKEA untuk mendapatkan kelengkapan model SILVERAN. Kami memilih kabinet bawah 2 pintu Silveran, kaki kabinet, sinki dari model HAMNVIKEN, dan juga paip air OLDSKAR. Ada 4 barang utama dibeli. Selesai pembelian di IKEA, kami bergegas ke rumah beliau di Dengkil, Selangor. Proses mengambil masa selama hampir 3 jam termasuklah meleraikan sinki lama.
" Proses pemasangan kabinet bawah "
Alhamdulillah beliau puas hati dengan pilihan beliau dari model Silveran itu. Sangat cantik dan sepadan dengan warna bilik air beliau. Alhamdulillah selesai sahaja pemasangan, kami di jamu oleh tuan rumah dengan sedikit juadah. Syukur.



" Selesai"

"Cermin pemilik sudah lama simpan, kami tolong pasangkan"


"Teratur sahaja perkakasan"

"Sinki dan tap baru"

Perlukan Bantuan?

Catatan popular daripada blog ini

Pemasangan Cermin Krabb

Ikea Personal Shopper, Perak