Pemasangan Cermin Krabb

Kami dihubungi oleh seorang guru pra sekolah untuk membantunya membeli dan pemasangan cermin Krabb di 3 kelasnya. Setelah kami ke IKEA Damansara untuk mendapatkan cermin ini, kami terus membuat pemasangan di kelas beliau. Kami membeli 6 kotak cermin Krabb ini bersama dengan 24 keping cermin. Pemasangan mengambil masa agak panjang kerana proses 'drilling'. Sebanyak 45 lubang berjaya dibuat. Semasa memasang cermin, kami melakukan 'leveling' supaya cermin dalam keadaan lurus. Alhamdulillah, kami berjaya menyiapkan projek ini sebelum 4.00 petang.












Catatan popular daripada blog ini

Projek Bilik Mandi Di Jenderam Hilir, Dengkil

Ikea Personal Shopper, Perak