Bilik Tidur Utama


"kami memberi khidmat rundingan bersama pelanggan"

Alhamdulillah, Siap juga ruang pantri untuk bilik tidur utama pelanggan kami. Dengan ruang yang agak sempit di antara ruang dinding dan ruang pintu, kami telah mengambil keputusan untuk menggunakan produk IKEA Faktum. Kami bersama pelanggan mengunjung IKEA untuk membeli keperluan untuk membina pantri idaman. Beberapa idea telah dibincangkan dan akhirnya pelanggan bersetuju dengan idea tersebut. Khidmat rundingan diberikan dan juga pencarian barang yang kami diperlukan. 


"Pemasangan sedang dijalankan"
Kabinet dan kelengkapan sudah di beli. Tiba masanya untuk pemasangan. Kami perlu berhati hati untuk memasang kabinet supaya tidak rosak permukaan kabinet tersebut. Kami amat mementingkan kualiti pemasangan yang sempurna.      


"Kabinet yang sudah siap dipasang"

" potongan lurus diperlukan dengan kemahiran tinggi "











Setelah semua kabinet siap di pasang, kerja kerja pemotongan permukaan 'worktop' dilakukan.

Alhamdulillah, dengan pengalaman dalam pemasangan, kami amat berpengalaman dalam menggunakan 'circular saw' bagi memotong secara lurus. Permukaan ini di potong mengikut saiz kabinet bawah. Selepas siap semua nya, kerja 'drilling' bagi mengikat kabinet atas dan bawah supaya kukuh. 'Worktop' di ikat kemas dengan skru kayu. Pintu di pasang, 'Down light' dipasang, Buat tapak soket dan suis, dan deco.

Hasil nya ?
"Ada laci, para kaca lagi itu"


"Pemasangan lampu sorot"


"Pemanas air, cawan, lampu, dulang, soket"


Perlukan Bantuan?


Catatan popular daripada blog ini

Pemasangan Cermin Krabb

Projek Bilik Mandi Di Jenderam Hilir, Dengkil

Ikea Personal Shopper, Perak