Catatan

Yang Terkini

IKEA Catalogue 2018

Imej
4 September 2018, IKEA telah melancarkan katalog bagi 2018. Dalam penglihatan kami, IKEA memasukan beberapa perabot rekaan baru yang lebih moden mengikut perkembangan dunia hiasan dalaman. Semoga anda mendapat inspirasi dari gambar gambar dalam katalog baru ini untuk rumah anda Anda boleh melayari katalog ini di OnlineCatalogueAsia.com

Pemasangan Cermin Krabb

Imej
Kami dihubungi oleh seorang guru pra sekolah untuk membantunya membeli dan pemasangan cermin Krabb di 3 kelasnya. Setelah kami ke IKEA Damansara untuk mendapatkan cermin ini, kami terus membuat pemasangan di kelas beliau. Kami membeli 6 kotak cermin Krabb ini bersama dengan 24 keping cermin. Pemasangan mengambil masa agak panjang kerana proses 'drilling'. Sebanyak 45 lubang berjaya dibuat. Semasa memasang cermin, kami melakukan 'leveling' supaya cermin dalam keadaan lurus. Alhamdulillah, kami berjaya menyiapkan projek ini sebelum 4.00 petang.

Projek Bilik Mandi Di Jenderam Hilir, Dengkil

Imej
" Bilik air asal " Pada 17 Disember 2016, kami telah dihubungi oleh Puan Fida yang memerlukan tukang untuk membeli dan juga memasang set untuk kabinet dan sinki bilik mandi beliau. Setelah berbincang dengan beliau, kami bersetuju untuk menjayakan hajat Puan Fida. Pada jumaat itu juga kami ke IKEA untuk mendapatkan kelengkapan model SILVERAN. Kami memilih kabinet bawah 2 pintu Silveran, kaki kabinet, sinki dari model HAMNVIKEN, dan juga paip air OLDSKAR. Ada 4 barang utama dibeli. Selesai pembelian di IKEA, kami bergegas ke rumah beliau di Dengkil, Selangor. Proses mengambil masa selama hampir 3 jam termasuklah meleraikan sinki lama. " Proses pemasangan kabinet bawah " Alhamdulillah beliau puas hati dengan pilihan beliau dari model Silveran itu. Sangat cantik dan sepadan dengan warna bilik air beliau. Alhamdulillah selesai sahaja pemasangan, kami di jamu oleh tuan rumah dengan sedikit juadah. Syukur. " Selesai" "Cermin pemilik

Memerlukan bantuan untuk pemasangan perabot anda?

Imej
Memerlukan bantuan untuk pemasangan perabot anda? Kebanyakan produk di IKEA direka untuk pengguna memasang di rumah. Jika anda memilih untuk memerlukan bantuan dari kami untuk pemasangan perabot anda, kami boleh boleh bantu anda. Dengan harga yang berpatutan, mereka akan pasang semua perabot. Mudah kan ? Perlukan bantuan? https://ikeahandyman.blogspot.my/p/hubungi-kami.html

Almari MALM Seri Iskandar, Perak

Imej
Ambil gambar dulu. Kami menerima whatapps dari seorang pelanggan di Seri Iskandar, Perak. Mereka memerlukan "Handyman" dalam membantu pasangkan perabot MALM untuk bilik anak mereka. Pada hari ahad, 16 Oktober 2016 temujanji kami bersama mereka. Alhamdulillah mereka berpuas hati dengan hasil kerja pemasangan kami.  Sebelum memulakan kerja pemasangan, kami lebih dulu memeriksa kesemua kepingan perabot supaya dalam keadaan baik dan cukup. Kami juga akan membaca dan memahami panduan pemasangan yang disertakan dalam kotak perabot bagi lebih memahami langkah langkah pemasangan supaya kesalahan tidak berlaku. Rakan kami sedang memahami rajah pemasangan Alhamdulillah 1 jam dah siap ! Ok, kalau anda ada masalah pemasangan, hubung kami untuk bantu anda dalam menyelesaikan ia. Mudah kan? Perlukan bantuan? https://ikeahandyman.blogspot.my/p/hubungi-kami.html

Ikea Personal Shopper, Perak

Imej
Salam, Alhamdulillah kami sekali lagi membantu anda dalam mendapatkan barangan ikea kesukaan anda dengan menjadi Personal Shopper bagi pihak anda. Hantarkan senarai barangan kepada kami. Pemasangan juga kami boleh lakukan. Barang ini semua untuk orang perak. Tunggu kami hantar nya. Senyum dapat beli barangan untuk pelanggan Perlukan bantuan? https://ikeahandyman.blogspot.my/p/hubungi-kami.html

Laci 3 Tingkat Model Rast

Imej
Alhamdulillah.  Kami dapat projek baru untuk hias laci 3 tingkat yang dipanggil RAST. Sudah ada beberapa idea dalam minda kami. Ada 3 set RAST untuk di hias. Yang pertama sudah lengkap dipasang. Yang lain dalam proses melicinkan permukaan dan proses mengecat. Selepas itu, proses mengecat dilakukan. Kami memilih warna biru laut. Hampir 6 jam juga dari proses melicinkan permukaan hingga ke pemasangan lengkap. Gambar? akan dimuat naik dalam masa terdekat. Perlukan bantuan? https://ikeahandyman.blogspot.my/p/hubungi-kami.html