Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2014

Algot Ruang Dobi

Imej
"Keadaan Asal Dobi Pelanggan" Alhamdulilah, dapat satu projek untuk ruang dobi pelanggan. Beliau memerlukan kawasan simpanan, tempat sangkut pakaian, tempat letak bahan pencuci, jimat ruang dan mudah di jaga. Setelah berbincang, pelanggan bersetuju dengan idea menggunakan produk ALGOT dari IKEA. Setelah senarai barang dibuat dan pelanggan membeli barang, kami teruskan dengan pemasangan. Pada awalnya, ukuran diambil untuk mengetahui jarak yang diperlukan untuk pemasangan struktur asas produk ini.  "Papan Lapis?" "Selerak tanpa tempat simpan" "Besi Industri" "Proses drilling" Langkah berhati-hati semasa melakukan kerja 'drilling' supaya tidak tersalah pilih lokasi seperti kabel dalam dinding. Lepas itu, 'wall plug' di masukan dan 'wall upright' dipasang dengan skru. Selepas struktur asas siap, 'bracket' di pasang dan seterusnya 'shelf'. Dan susun atur perkakasan dilakukan

Bilik Tidur Utama

Imej
"kami memberi khidmat rundingan bersama pelanggan" Alhamdulillah, Siap juga ruang pantri untuk bilik tidur utama pelanggan kami. Dengan ruang yang agak sempit di antara ruang dinding dan ruang pintu, kami telah mengambil keputusan untuk menggunakan produk IKEA Faktum. Kami bersama pelanggan mengunjung IKEA untuk membeli keperluan untuk membina pantri idaman. Beberapa idea telah dibincangkan dan akhirnya pelanggan bersetuju dengan idea tersebut. Khidmat rundingan diberikan dan juga pencarian barang yang kami diperlukan.  "Pemasangan sedang dijalankan" Kabinet dan kelengkapan sudah di beli. Tiba masanya untuk pemasangan. Kami perlu berhati hati untuk memasang kabinet supaya tidak rosak permukaan kabinet tersebut. Kami amat mementingkan kualiti pemasangan yang sempurna.       "Kabinet yang sudah siap dipasang" " potongan lurus diperlukan dengan kemahiran tinggi " Setelah semua kabinet siap di pasang, kerj